𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐂𝐄!
Alhamdulillah, perjalanan suci anda bermula di sini.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang bertuah yang bakal membawa pulang hadiah pakej Umrah bernilai RM14,000!
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bertuah sempena Kempen Umrah RCE telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan serta sokongan berterusan yang diberikan kepada RCE sepanjang kempen berlangsung.
Kami amat menghargai kepercayaan dan kesetiaan semua pelanggan yang telah mengambil bahagian dan menjayakan kempen ini. Semoga ibadah umrah yang bakal dijalani dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan umrah yang mabrur.
RCE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan yang terus menyokong kami. Nantikan lebih banyak kempen menarik dan ganjaran istimewa daripada RCE pada masa akan datang.







