Baru-baru ini, semua bank pusat di seluruh negara telah menaikkan kadar faedah disebabkan tindak balas inflasi. Oleh hal demikian, negara kita mengalami kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang mendadak. Justeru itu, keadaan ini telah memberikan impak yang besar kepada seluruh masyarakat terutamanya golongan miskin tegar. Hal ini amat mencabar kerana rakyat terpaksa mengurus kewangan mereka dengan lebih teliti untuk meneruskan kehidupan seharian.
Oleh yang demikian, memahami langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan kewangan kita terlindungi daripada impak buruk yang mungkin timbul semasa situasi yang mencabar adalah penting.
Berhati-hati dengan perbelanjaan yang tidak dirancang
Perbelanjaan yang tidak dirancang boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap belanjawan anda. Sebagai contoh, anda membeli barang yang bukan merupakan keperluan tetapi lebih kepada kemahuan sehingga sanggup berhutang untuk mendapatkan barang tersebut. Akibatnya, anda perlu menggunakan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan seharian kerana baki wang anda tidak mencukupi. Oleh hal yang demikian, anda akan mula dibebani masalah kewangan yang juga boleh memberi impak kepada masalah kesihatan seperti stres yang terlampau.
Kesimpulannya, berpegang teguhlah dengan belanjawan yang telah anda tetapkan, simpan wang tunai anda sebanyak yang mungkin dan cuba untuk tidak berbelanja secara berlebihan demi kesejahteraan masa depan.
Pelbagaikan sumber pendapatan dengan mencari peluang baru
Mempelbagaikan sumber pendapatan anda merupakan strategi kewangan bijak yang boleh memberikan kestabilan dan berpotensi meningkatkan pendapatan keseluruhan anda. Berikut merupakan langkah-langkah untuk membantu anda mengenal pasti peluang pendapatan baru:
- Mengenal pasti bakat dan kemahiran anda
Mulakan dengan mengenal pasti kemahiran, pengetahuan, dan bakat anda. Seterusnya, cari peluang pendapatan yang berbeza dengan cara menggunakan bakat terpendam anda seperti mencipta dan menjual produk digital sekiranya anda merupakan seorang individu yang kreatif. Apabila semuanya dirancang dengan teliti dan baik, anda boleh mulakan perniagaan secara kecil-kecilan yang boleh meningkatkan pendapatan tambahan anda. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
- Nilai permintaan pasaran
Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti aliran pendapatan yang berpotensi, selidik permintaan untuk boleh memberikan peluang kepada anda. Adakah terdapat individu atau perniagaan yang sanggup membayar untuk produk atau perkhidmatan yang boleh anda sediakan? Kenal pasti arah pasaran dan persaingan untuk memahami potensi mulakan perniagaan.
- Tetapkan matlamat yang jelas
Tetapkan matlamat khusus yang boleh diukur, boleh dicapai dan terikat dengan masa untuk setiap sumber pendapatan yang anda ingin kejar. Mempunyai objektif yang jelas akan membantu anda kekal fokus dan bermotivasi.
- Bangunkan pelan
Rancang pelan perniagaan atau strategi secara terperinci bagi setiap sumber pendapatan. Gariskan cara anda menjana pendapatan, mengurus perbelanjaan, dan memasarkan perniagaan anda. Pelan yang dirancang secara baik berpotensi meningkatkan peluang anda untuk berjaya.
Dengan peluang-peluang baru yang ada, anda berpotensi dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi dan perlu diingatkan bahawa mempelbagaikan sumber pendapatan anda memerlukan masa dan usaha, dan tiada jaminan kejayaan serta-merta. Walau bagaimanapun, dengan perancangan yang teliti dan ketekunan, anda boleh mencipta masa depan kewangan yang lebih stabil dan makmur.
Mula menyimpan untuk membina belanjawan kecemasan
Membina dana kecemasan adalah langkah yang sangat penting dalam mencapai kestabilan kewangan dan ketenangan fikiran. Dana kecemasan bertindak sebagai jaringan keselamatan kewangan, membantu anda menampung perbelanjaan yang tidak dijangka seperti bil perubatan, pembaikan kereta, atau kehilangan pekerjaan. Berikut ialah cara untuk mula menyimpan untuk dana kecemasan anda:
- Rancang jumlah dana kecemasan
Tentukan berapa banyak wang yang anda ingin simpan untuk tabung kecemasan anda. Pakar kewangan biasanya mencadangkan setiap individu untuk menyasarkan simpanan yang mencukupi sebanyak tiga hingga enam bulan, tetapi ia bergantung kepada keperluan dan gaya hidup anda.
- Buat belanjawan
Semak pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda untuk memahami keadaan kewangan anda. Kenal pasti perkara di mana anda boleh mengurangi pengeluaran untuk meningkatkan wang simpanan anda.
- Buka akaun simpanan berasingan
Pertimbangkan untuk membuka akaun simpanan khusus untuk dana kecemasan anda. Memiliki akaun secara berasingan akan memudahkan anda untuk mengasingkan wang simpanan kecemasan dan wang untuk keperluan harian.
- Mula menyimpan dalam jumlah yang kecil
Anda boleh mulakan dengan jumlah simpanan yang kecil yang boleh diurus dan seterusnya ditingkatkan kepada sasaran jumlah simpanan bulanan anda lebih tinggi secara beransur-ansur.
- Isi semula dana selepas kecemasan
Jika anda perlu menggunakan dana kecemasan, jadikan keutamaan untuk menggantikannya secepat mungkin untuk mengekalkan jaringan keselamatan kewangan anda.
- Laraskan matlamat kewangan anda
Apabila keadaan kewangan anda berubah, semak semula matlamat dana kecemasan anda. Anda mungkin memerlukan lebih atau kurang bergantung pada faktor seperti kestabilan pekerjaan, bilangan ahli keluarga dan perbelanjaan sara hidup.
Ingat bahawa membina dana kecemasan memerlukan masa dan disiplin. Jangan putus asa jika anda tidak dapat mencapai matlamat anda dengan segera. Kuncinya ialah mulakan menyimpan secara konsisten dan jadikan ia satu tabiat kewangan. Mempunyai dana kecemasan akan memberikan anda ketenangan fikiran dan keselamatan kewangan apabila timbul perbelanjaan yang tidak dijangka.
Rendahkan komitmen bulanan dengan penyatuan hutang
Penyatuan hutang boleh menjadi strategi yang berkesan untuk mengurangkan beban kewangan anda dan menguruskan hutang anda dengan lebih cekap. Ia melibatkan penggabungan beberapa akaun hutang menjadi satu pinjaman yang lebih terurus dengan kadar faedah yang lebih rendah atau tempoh pembayaran balik yang dilanjutkan.
Mulakan dengan mengumpulkan maklumat tentang semua hutang tertunggak anda, termasuk jumlah terhutang, kadar faedah, bayaran bulanan minimum, dan tempoh bayaran. Ini akan memberi anda gambaran yang jelas tentang keadaan kewangan anda.
Anda boleh menyatukan hutang anda dengan kaedah pembiayaan semula (Overlap) dengan mana-mana institusi kewangan. Mohon pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada hutang sedia ada anda. Gunakan pinjaman untuk membayar hutang anda yang mempunyai faedah tinggi. Penyatuan hutang boleh menjadi alat yang berkesan untuk mengurangkan komitmen kewangan bulanan anda, tetapi adalah penting untuk memilih pilihan yang betul dan komited kepada pengurusan kewangan yang bertanggungjawab untuk mencapai kestabilan kewangan jangka panjang.
Kesimpulannya, melindungi kewangan semasa krisis ekonomi memerlukan perancangan, kedisiplinan dan ketahanan. Dengan mengambil langkah-langkah yang tepat, kita dapat mengurang impak negatif terhadap perubahan ekonomi dan dapat mempersiapkan diri untuk menjaga kestabilan kewangan apabila menghadapi krisis ekonomi di masa hadapan dengan lebih bersedia.
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR): Pembiayaan patuh Syariah untuk anda!
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) adalah sebuah pembiayaan patuh Syariah khusus buat pekerja tetap (atau kontrak KEMAS) kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajan/badan berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun).
Selain kelulusan yang mudah dan pantas, Pembiayaan Peribadi-i YIR mempunyai ciri-ciri berikut:
Jumlah pembiayaan: RM2,500 – RM300,000
- Tempoh pembiayaan: 1 – 10 tahun
- Kadar keuntungan: 6.65% – 9.99% setahun
- Konsep syariah yang diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
- Proses sepantas 24 jam
- Tiada yuran guaman
Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga adalah mudah iaitu:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan jawatan
- Salinan penyata/buku akaun simpanan