RCE menyediakan pembiayaan peribadi khas untuk penjawat awam.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Memohon Pembiayaan Kewangan

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Memohon Pembiayaan Kewangan

Artikel daripada As-Sidq

Ada kalanya, akan tiba masa di mana kita memerlukan bantuan kewangan tambahan. Tidak kiralah sekiranya anda seorang pekerja yang makan gaji mahupun seorang yang berniaga sendiri, inilah hakikat yang seringkali terjadi.

Bantuan kewangan ini mungkin bagi tujuan perniagaan, pelaburan strategik, penambahan aset, perkahwinan, perubatan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Dalam keadaaan sebegini, pembiayaan kewangan adalah satu pilihan yang mampu membantu anda menyelesaikan kemelut tersebut.

Bagaimanapun, sebelum anda membuat permohonan pembiayaan kewangan, pastikan anda mempertimbangkan beberapa perkara penting.

Berikut adalah 5 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memohon pembiayaan kewangan:

1. Adakah anda benar-benar ‘perlu’ memohon pembiayaan?

Adakah anda mempunyai sebab yang munasabah untuk membuat pinjaman? Bolehkah anda menggunakan wang simpanan anda sahaja? Ini adalah antara persoalan yang perlu anda jawab dengan jujur. Sekiranya pembiayaan tersebut akan memberikan pulangan atau pendapatan jangka masa panjang, ia boleh diterima sebagai faktor yang munasabah. Antaranya jika berlakunya kecemasan dan anda tiada sumber kewangan lain.

Anda juga boleh memohonon pembiayaan kewangan dan menggunakannya sebagai kaedah penyatuan hutang (debt consolidation). Mengikut kaedah ini, anda memohon pembiayaan kewangan baru dengan kadar keuntungan yang lebih rendah dan menggunakannya untuk melangsaikan hutang yang sedia ada. 

Dengan kaedah penyatuaan hutang ini, anda akan membayar balik jumlah yang sama dengan hutang yang terdahulu tetapi dengan satu kadar keuntungan yang lebih rendah.

2. Mampukah anda membayar semula pembiayaan tersebut?

Anda perlu menilai jumlah bayaran balik bulanan yang anda mampu berdasarkan aliran pendapatan yang anda perolehi. Secara umumnya, komitmen hutang bulanan anda tidak patut melebihi 60% daripada pendapatan bulanan. Ini adalah perkara penting kerana ini membantu anda menyelaraskan jumlah pembiayaan mengikut kemampuan.

Pembiayaan kewangan yang berbeza juga mempunyai kadar keuntungan dan terma-terma yang berbeza. Pastikan anda memahami terma-terma tersebut dan memilih pembiayaan yang sesuai dengan kemampuan anda.

3. Dari manakah sumber pembiayaan?

Anda juga perlu memastikan pihak pemberi pembiayaan adalah yang berlesen dan berdaftar. Ini kerana terdapat banyak laporan kes penipuan perkhidmatan pembiayaan kewangan, termasuklah yang menggunakan laman media sosial. Elakkan diri dari menerima bantuan daripada Ah  Long, iaitu syarikat atau individu yang tidak berlesen dan berdaftar.

4. Adakah pembiayaan tersebut menepati syariat Islam?

Bagi memastikan sesuatu pinjaman tersebut selari dengan hukum syariah, ia perlu bebas dari unsur-unsur berikut:

  • Riba — Amalan pemberian pembiayaan dengan kadar keuntungan yang tinggi
  • Haram — Perniagaan yang melibatkan maysir (perjudian), alkohol, tembakau, pornografi dan maksiat lain yang dianggap tidak Islamik
  • Gharar — Jualan spekulatif atau berisiko, di mana nilai itu diragui atau tidak dapat dipastikan
  • Zulm — Aktiviti dan amalan yang eksploitatif, menindas, atau kejam

Ketiadaan unsur-unsur tersebut merupakan sebab tiada istilah ‘pinjaman’ dalam kewangan Islam. Sebaliknya, terma ‘pembiayaan’ digunakan. Ini kerana pihak pembiaya akan ‘membeli’ barangan untuk pelanggan dan kemudian menjualnya kepada mereka pada harga yang telah dipersetujui.

5. Adakah pembiayaan Islam lebih menguntungkan?

Ciri utama Pembiayaan Peribadi Islam adalah keperluan mematuhi konsep keadilan, bagi kedua-dua institusi kewangan dan individu yang memohon pembiayaan. Ini menjelaskan mengapa pemohon dan institusi perlu menanggung risiko yang terlibat dalam pembiayaan tersebut. Untuk pinjaman konvensional, hanya pemohon akan menanggung risiko. 

Konsep ini secara khusus mengharamkan faedah kompaun yang diamalkan dalam perbankan konvensional. Pemohon juga tidak akan terikat dengan Kadar Pinjaman Bank (BLR) seperti mana pinjaman konvensional. Oleh kerana itu, pemohon akan membayar jumlah hutang bulanan yang dipersetujui sepanjang tempoh pembiayaan. Selain itu, institusi pembiayaan tidak boleh membatalkan kontrak atas budi bicara mereka sendiri.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top

Pengumuman

Pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa kami tidak akan menerima sebarang bayaran secara tunai untuk semua transaksi di kaunter berkuatkuasa sekarang.

Pembayaran boleh dibuat secara transaksi atas talian.

Sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran.

Sekian terima kasih.

RCE