RCE menyediakan pembiayaan peribadi khas untuk penjawat awam.

Tips Mudah Untuk Pulihkan Rekod CCRIS dan CTOS Anda

Tips Mudah Untuk Pulihkan Rekod CCRIS dan CTOS Anda

Ingin memohon pembiayaan perbadi? Adalah baik untuk anda ketahui bagaimana mahu pulihkan rekod CCRIS dan CTOS anda terlebih dahulu!

Malaysia sedang berada dalam fasa pasca-pandemik yang melibatkan pemulihan ekonomi untuk perniagaan dan juga rakyat. Ramai yang masih terasa impan yang ditinggalkan pandemik.

Sebagai contoh, walaupun rakyat majoritinya sudah tahu mengenai keburukan meminjam wang dari Ah Long dan pemberi wang yang tidak berlesen, masih ramai yang memilih untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan peningkatan kes penipuan (scam) yang melibatkan sindiket pinjaman kewangan palsu.

Semua ini berlaku kerana masih ramai rakyat yang memerlukan bantuan kewangan namun permohonan pembiayaan mereka ditolak oleh institusi kewangan. Punca utama permohonan ditolak adalah kerana rekod CCRIS and CTOS yang buruk. Oleh itu, anda perlu pelajari mengenai kaitan laporan CCRIS dan CTOS dengan penolakan permohonan pembiayaan dan seterusnya, bagaimana pulihkan rekod CCRIS dan CTOS anda!

CCRIS dan CTOS: Apa kaitannya dengan penolakan permohonan pembiayaan?

Apabila memohon pembiayaan perbadi, institusi kewangan akan menilai beberapa perkara. Lazimnya mereka akan menilai:

  • Nisbah khidmat hutang (DSR)
  • Profil risiko
  • Penilaian harta
  • Tempoh bekerja
  • Skor kredit

Bagi memperolehi empat perkara pertama di dalam senarai atas, rujukan akan dibuat berdasarkan maklumat dan dokumen yang diberikan oleh anda. Namun, untuk perkara kelima — skor kredit — mereka akan merujuk kepada sumber luar. Di Malaysia, laporan skor kredit yang utama adalah CCRIS dan CTOS.

Sekiranya maklumat di dalam kedua-dua laporan skor kredit adalah buruk, maka peluang untuk permohonan anda diluluskan adalah rendah. Oleh demikian, adalah wajar untuk anda ketahui bagaimana cara untuk memulihkan rekod buruk anda itu.

Bagaimana mahu pulihkan rekod CCRIS?

CCRIS merujuk kepada Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ia merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta.

Institusi kewangan peserta melaporkan data pengenalan diri peminjam yang penting (seperti nama, nombor pengenalan diri dan tarikh lahir) dan melaporkan data berkaitan permohonan kredit dan pinjaman yang dikeluarkan kepada peminjam (seperti jenis kemudahan kredit, pengendalian akaun dan had kredit).

Menurut BNM, CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak. Namun begitu, institusi kewangan boleh melihat maklumat di dalam laporan CCRIS dan menilainya sebagai rekod kredit yang buruk.

Sebab utama rekod kredit dinilai sebagai buruk adalah tunggakan hutang terkumpul di institusi kewangan yang belum dibayar balik atau pembayaran balik dibuat bukan pada masa yang ditetapkan. Lantaran itu, hanya ada satu cara untuk memulihkan rekod buruk pada CCRIS iaitu membayar semua hutang dan bil pada tempoh yang ditetapkan. Jangan terlewat atau terlepas membuat sebarang pembayaran.

Rekod tunggakan akan kekal dalam rekod CCRIS anda selama 12 bulan. Itulah tempoh masa yang diperlukan untuk memulihkan rekod CCRIS anda.

Bagaimana mahu pulihkan rekod CTOS?

CTOS adalah laporan kredit yang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta. Maklumat di dalam laporan CTOS adalah lebih pelbagai dan maklumat dari CCRIS juga disertakan di dalam laporan CTOS.

Tidak seperti laporan CCRIS, laporan CTOS memberikan markah atau skor dalam julat 300 hingga 850 sebagai rumusan kesihatan kewangan anda. Klasifikasi skor tersebut adalah seperti berikut:

  • 744-850: Cemerlang! Anda dinilai sebagai ‘sangat baik’ dan diberi keutamaan.
  • 718-743: Sangat Baik! Anda dinilai sebagai pelanggan utama.
  • 697-717: Baik! Skor anda dalam lingkungan sederhana tinggi dan anda layak untuk kredit baru.
  • 651-696: Sederhana. Skor anda dalam lingkungan sederhana dan anda kurang layak untuk kredit baru.
  • 529-650: Rendah. Anda mungkin menghadapi masalah apabila memohon kredit.
  • 300-528: Lemah. Aplikasi kredit anda mungkin akan ditolak.

Skor kredit CTOS dikira berdasarkan maklumat kredit dari CCRIS dan pangkalan data CTOS. Lima faktor yang membentuk skor kredit adalah:

  1. Rekod pembayaran (45%): Sama ada anda sentiasa membuat bayaran pinjaman pada masanya, atau jika anda pernah membuat bayaran lewat darapada tarikh yang ditetapkan.
  2. Jumlah hutang (20%): Jumlah fasiliti kredit dan jumlah yang dihutang dengan pihak bank.
  3. Jenis-jenis kredit (14%): Jenis-jenis kad kredit dan pinjaman yang anda ada – dijamin (pinjaman rumah dan kereta) vs yang tidak dijamin (kad kredit, pinjaman peribadi).
  4. Kredit baru (14%): Sama ada anda diluluskan untuk fasiliti kredit baru-baru ini.
  5. Jangka masa rekod kredit (7%): Tempoh hayat fasiliti kredit yang ada (kad kredit atau pinjaman).

Dengan melihat kepada perkara-perkara yang membentuk skor kredit CTOS, kita sudah boleh membuat strategi untuk memulihkan skor kredit yang buruk.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah:

  1. Pembayaran dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan
    • Seperti juga laporan CCRIS, skor kredit CTOS juga dipengaruhi oleh rekod pembayaran anda. Malah ia adalah penyumbang terbesar kepada skor kredit (45%). Pastikan semua hutang dan bil dibayar pada tempoh yang ditetapkan. Jangan terlewat atau terlepas membuat sebarang pembayaran daripada tempoh tersebut.
  2. Kurangkan jumlah hutang yang ada
    • Hutang tidak terhad kepada hutang institusi kewangan sahaja. Sesetengah syarikat yang menyediakan perkhidmatan seperti telekomunikasi dan utiliti juga akan melaporkan kepada CTOS sekiranya anda gagal membayar bil anda.
  3. Mempunyai fasiliti kredit
    • Fasiliti kredit seperti kad kredit dan pinjaman yang lain seperti pinjaman perumahan atau kereta menunjukkan kepada institusi kewangan kemampuan anda untuk membuat pembayaran.
  4. Pastikan perbelanjaan dalam had kredit
    • Walaupun anda digalakkan untuk mempunyai kad kredit, ia tidak bermakna anda boleh berbelanja sesuka hati. Sekiranya anda mempunyai kemudahan tersebut dan membuat perbelanjaan yang berhemah, ia akan membantu jangka masa kredit anda.
  5. Tidak membuat permohonan pembiayaan dengan kerap
    • Permohonan pembiayaan yang berulang dalam tempoh yang dekat akan mengurangkan peluang untuk permohonan anda diluluskan. Sekiranya sebarang permohonan anda ditolak, penolakan tersebut akan kekal dalam rekod dalaman bank selama sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan. Anda dinasihatkan supaya menunggu beberapa bulan atau setahun lagi sebelum membuat permohonan yang baru.

Pembiayaan patuh syariah yang ditawarkan oleh Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)

Jom mohon pembiayaan patuh syariah yang ditawarkan oleh Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP). Produk pembiayaan semula ini khas untuk penjawat awam Malaysia, kakitangan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terpilih sahaja.

Antara ciri-ciri produk ini ialah:

  • Pengeluaran pembiayaan 24 jam
  • Jumlah pembiayaan RM3,000 sehingga RM250,000
  • Kadar keuntungan tetap serendah 6.66%
  • Pembiayaan yang patuh syariah: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
  • Pendapatan minimum serendah RM1,500/bulan
  • Tiada yuran guaman

Dapatkan pembiayaan peribadi patuh syariah dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!

Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda sebagai penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.

Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minimum RM1,500 layak untuk memohon.

As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.

Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.

Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top

Pengumuman

Pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa kami tidak akan menerima sebarang bayaran secara tunai untuk semua transaksi di kaunter berkuatkuasa sekarang.

Pembayaran boleh dibuat secara transaksi atas talian.

Sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran.

Sekian terima kasih.

RCE