RCE menyediakan pembiayaan peribadi khas untuk penjawat awam.

4 Perkara Penting Untuk Permohonan Pembiayaan

4 Perkara Penting Untuk Permohonan Pembiayaan



Mengisi permohonan pembiayaan peribadi memang mudah. Tetapi, jika anda pernah mempunyai permohonan pembiayaan yang ditolak sebelum ini, pasti anda akan tahu betapa sakitnya kepala apabila memikirkan sebabnya! Jadi, apakah perkara yang disemak oleh pihak bank dalam permohonan pembiayaan peribadi anda? Jika anda benar-benar mahukan bank membuka peti besi mereka untuk anda, berikut adalah beberapa perkara yang perlu ambil perhatian.

1. Sejarah & Profil Kredit

Anda mungkin tertanya-tanya apa itu profil kredit, tetapi sebenarnya, ia tidak berbeza dengan profil Facebook anda. Setiap tindakan kewangan yang anda ambil akan direkod dan dikesan oleh bank – termasuk pinjaman pelajaran anda.

Data mengenai sejarah kewangan anda yang telah direkodkan akan dikemaskini dan apabila digabungkan, ia menjadi profil kredit anda. Selalunya, pihak bank akan merujuk data ini apabila anda memohon pembiayaan atau kad kredit. Mereka akan memutuskan sama ada anda adalah ‘risiko yang selamat’ (jika anda dapat membayar balik atau tidak) dari maklumat yang disimpan yang termasuk:

  • Sejarah pembayaran pinjaman dan kad kredit
  • Jumlah hutang dan amaun yang terhutang
  • Tempoh sejarah kredit dan banyak lagi

Sekiranya anda pernah mengalami kebankrapan, mempunyai rekod pembayaran lambat, atau permohonan pinjaman pernah yang ditolak sebelum ini, ia akan memberi impak negatif pada profil kredit anda. Sebab itulah anda perlu mengambil langkah yang sesuai terlebih dahulu, seperti menlangsaikan segala pembayaran lewat, sebelum anda mengemukakan permohonan pinjaman anda.

Tetapi, bagaimana anda hendak mengingati kesemua sejarah kredit anda? Ini mungkin sesuatu yang mengejutkan anda tetapi CCRIS dan CTOS telah merekodkan setiap profil berkaitan kredit yang pernah anda buat.

Anda boleh mengaksesnya dengan mudah – Apa yang diperlukan ialah mendaftar secara atas talian dan bayar fi untuk mendapatkan salinan sejarah kredit anda. Baca artikel kami, “Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Tentang CTOS”, untuk belajar bagaimana untuk melakukannya sendiri!

2. Sejarah Pekerjaan

Anda tidak memerlukan kerja mewah, bergaji tinggi untuk mendapatkan pembiayaan. Walau bagaimanapun, apa yang anda perlukan adalah untuk membuktikan bahawa anda memperoleh gaji yang konsisten dan stabil dalam pekerjaan yang anda lakukan. Sebagai contoh, ia akan kelihatan lebih baik pada profil kredit anda jika anda bekerja di syarikat selama lebih daripada setahun, berbanding dengan senario di mana anda telah menukar pekerjaan setiap 3 bulan.

Untuk pengetahan anda, semua bank mempunyai had pendapatan minimum bulanan untuk mereka luluskan pembiayaan. Jadi, pastikan anda memeriksa sama ada gaji bulanan anda sememangnya layak untuk jumlah pembiayaan yang anda mahukan. Selain itu, ingatlah bahawa kesemua pihak bank mementingkan hitam dan putih. Pastikan anda mendapat slip gaji yang sah dari majikan anda, walaupun majikan lebih suka membayar secara tunai!

3. Perbelanjaan

Jangan fikir kalau anda memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada biasa, anda secara automatik layak mendapat pembiayaan. Apa yang disemak oleh pihak bank adalah nisbah servis hutang atau lebih dikenali sebagai Debt Service Ratio (DSR). Dalam erti kata lain, bank ingin mengetahui berapa banyak yang anda tinggalkan selepas semua jumlah perbelanjaan anda ditolak. Dengan kaedah itu, mereka dapat melihat jika anda mampu untuk membuat pembayaran balik. Berikut adalah kaedah pengiraan DSR yang telah dipermudahkan:

DSR = Komitmen / Pendapatan

Peraturan umumnya ialah anda perlu memastikan DSR anda berada dalam sekitar 60-70%. Tetapi, perlu diingat bahawa kadar akhir yang sebenar akan diputuskan oleh pihak bank anda. Mari lihat contoh ini untuk memahami bagaimana ianya dikira. Katakan pendapatan anda sebanyak RM6,000 sebulan; anda membelanjakan RM600 untuk pinjaman kereta, RM1,000 untuk pinjaman rumah, RM1,200 pinjaman pelajar, dan RM1,500 lagi untuk pembayaran balik kad kredit. Jumlah perbelanjaan anda ialah RM4,300.

RM4,300 / RM6,000 x 100% = 71.67%

Seperti yang anda lihat, DSR anda telah melebihi peratus yang disyorkan. Sekiranya anda mempunyai hutang yang berlebihan, bank mungkin akan melabel anda sebagai peminjam yang ‘berisiko tinggi’ dan tidak meluluskan permohonan pembiayaan peribadi anda.

4. Simpanan dan Aset

Mempunyai simpanan dan aset seperti harta, stok, atau bon akan memberi lebih banyak peluang untuk anda mendapatkan permohonan pembiayaan peribadi anda diluluskan. Di mata pihak bank, anda boleh menanggung pembayaran balik pembiayaan peribadi anda sekiranya berlaku kerugian kewangan. Anda juga boleh diberikan kadar faedah yang lebih rendah dengan perbezaan sebanyak 0.05-0.1%. Ini boleh memberikan perbezaan yang ketara semasa membuat pembayaran bulanan anda sepanjang tempoh pembiayaan.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top

Pengumuman

Pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa kami tidak akan menerima sebarang bayaran secara tunai untuk semua transaksi di kaunter berkuatkuasa sekarang.

Pembayaran boleh dibuat secara transaksi atas talian.

Sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran.

Sekian terima kasih.

RCE