RCE menyediakan pembiayaan peribadi khas untuk penjawat awam.

Manfaat Mengambil Pembiayaan Peribadi Patuh Syariah

Manfaat Mengambil Pembiayaan Peribadi Patuh Syariah

Artikel daripada As-Sidq

Percaya atau tidak, pembiayaan peribadi mampu membantu anda yang mengalami masalah kewangan ketika norma baharu ini. Walau bagaimanapun, manfaat penuh hanya boleh diperolehi sekiranya ia adalah pembiayaan peribadi patuh syariah.

Adakah anda sedang mengalami masalah kesempitan kewangan dan tercari-cari penyelesaian? Anda tidak keseorangan! Ini adalah kesan buruk yang dirasai akibat daripada pandemik yang melanda dunia setahun yang lalu dan kehidupan norma baharu yang terpaksa dilalui.

Seperti negara-negara lain, rakyat Malaysia juga ramai yang kehilangan atau berkurangan sumber pendapatan. Mengikut data dari Sistem Insuran Pekerjaan (SIP), seramai 99, 696 pekerja diberhentikan antara Januari hingga 27 November 2020. Selain daripada itu, banyak juga perniagaan, baik yang besar mahupun yang kecil, yang terpaksa gulung tikar.



Dapatkah pembiayaan peribadi membantu ketika norma baharu?


Kenyataan ini mungkin akan mengejutkan setengah pihak tetapi ya, pembiayaan peribadi masih sesuai untuk dipohon ketika norma baharu. Bergantung kepada situasi kewangan semasa anda, pembiayaan peribadi boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan keadaan ekonomi anda.

Pembiayaan peribadi juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda. Ia juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.


Apa beza pembiayaan patuh syariah dengan pinjaman konvensional?


Mengikut pinjaman kewangan konvensional, pemberi pinjaman akan memberi pinjaman kepada peminjam dan memperoleh keuntungan daripada caj faedah yang dikenakan ke atas jumlah prinsipal.

Ini berbeza dengan perbankan patuh syariah dimana konsep ‘pinjaman’ adalah tidak betul. Sebaliknya, istilah dan terma tepat yang digunakan adalah ‘pembiayaan’. Ini kerana pihak pembiaya akan ‘membeli’ barangan untuk pelanggan dan kemudian menjualnya kepada mereka pada harga yang telah dipersetujui.

Mengikut konsep ini, tidak ada wang yang sebenarnya dipinjamkan kepada pelanggan. Ini menjadikan pembiayaan patuh syariah bebas dari unsur riba (faedah).



Mengapa Pembiayaan Peribadi Patuh Syariah Memberikan Manfaat Terbanyak?


Berikut adalah beberapa manfaat yang menjadikan pembiayaan peribadi patuh syariah sebagai pilihan terbaik:

1. Kewangan untuk semua lapisan masyarakat


Kewangan Islam mementingkan financial inclusion. Selain daripada riba (kadar faedah berganda yang membebankan), pembiayaan patuh syariah juga bebas dari unsur gharar (penipuan), maysir (perjudian) dan zulm (amalan tidak berakhlak).

Maka, ketiadaan unsur-unsur ini dalam kewangan Islam menjadikannya lebih adil dan mudah untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. Inilah konsep yang digelar financial inclusion. Menurut Bank Dunia, financial inclusion dapat membantu mengembangkan ekonomi setempat dan global dengan lebih pesat lagi.

Malahan, ini turut menjadikan pembiayaan patuh syariah semakin mendapat sambutan dari kalangan non-Muslim juga.

2. Lebih adil dan terlindung dari risiko yang keterlaluan


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pembiayaan patuh syariah bebas dari unsur ‘gharar’. Walaupun tidak mempunyai definisi yang khusus, gharar adalah sebarang unsur syak, keraguan, ketidaktentuaan, atau ketidak jelasan.

Gharar boleh timbul daripada aspek-aspek berikut:


i. sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu wujud atau tidak
ii. sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu mampu diserahkan ataupun tidak
iii. kaedah transaksi itu dilaksanakan secara yang tidak jelas tetapi menarik perhatian sehinggakan mungkin wujud elemen penipuan bagi menarik pihak-pihak untuk bertransaksi
iv. akad atau kontrak yang mendasari sesuatu transaksi itu sendiri sifatnya tidak jelas

Oleh sebab itu, produk yang menepati ciri-ciri kewangan Islam bukan sahaja lebih adil tetapi juga lebih terlindung daripada penipuan dan risiko yang keterlaluan.

3. Lebih terlindung dari krisis


Ketika kebanyakan ekonomi dunia berdepan dengan krisis sekitar tahun 2007 dan 2008, pembiayaan patuh syariah pula mengalami peningkatan sebanyak 25 peratus. Dua faktor utama yang membolehkan ini berlaku adalah:
i. Bebas dari riba — Selain gharar, sistem kewangan Islam juga perlu bebas dari sebarang unsur riba (faedah). Dengan konsep ini, penindasan akan berkurangan dan keuntungan dapat dikongsi oleh semua pemegang taruh (stakeholders)
ii. Perkongsian risiko — Konsep Mudarabah dalam sisitem kewangan Islam bermaksud sebarang risiko juga dikongsi oleh semua pegang taruh.

4. Amaun bayaran yang jelas dan tetap


Mengikut hukum pembiayaan peribadi Islam, jumlah maksimum yang perlu dibayar oleh pelanggan sudah dipersetujui lebih awal. Maka, amaun bayaran adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan.

Ini berbeza dengan pinjaman konvensional. Amaun bayaran akan berubah mengikut perubahan Kadar Pinjaman Asas (BLR – Base Lending Rate).

Ini merupakan kadar faedah minimum yang dikira oleh institusi-institusi perbankan. Ia berdasarkan formula yang mengambil kira kos perbelanjaan institusi-institusi dan caj-caj pentadbiran lain.

5. Caj bayaran lewat yang lebih rendah


Mengikut kontrak syariah dalam perbankan islam, caj bayaran lewat dikenakan sebagai bayaran kos rugi yang dihadapi oleh pembiaya akibat pelanggan tidak membayar hutangnya dalam waktu yang ditetapkan. Caj yang dikenakan hanyalah kepada baki amaun pembiayaan.

Sistem pinjaman konvensional pula mengamalkan konsep faedah kompaun, iaitu faedah ke atas faedah.

Berikut adalah contoh perbezaan di antara kedua sistem tersebut. Sekiranya jumlah pinjaman adalah RM100,000 manakala caj lewat adalah 3%, pengiraan adalah seperti berikut:

PEMBIAYAAN PATUH SYARIAH:
Bulan pertama: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan kedua: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan ketiga: RM100,000 x 3% = RM3000

Jumlah denda sekiranya tidak bayar tiga bulan:
RM3000 + RM3000 + RM3000 = RM 9000

PINJAMAN KONVENSIONAL:
Bulan pertama: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan kedua: (RM100,000 + RM3000) x 3% = RM3090
Bulan ketiga: (RM100,000 + RM3000 + RM3090) x 3% = RM3182.7

Jumlah denda sekiranya tidak bayar tiga bulan:
RM3000 + RM3090 + RM3182.7 = RM 9272.7

Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat merupakan antara pembiayaan yang boleh didapati di platfrom As-Sidq. Jika anda memerlukan pembiayaan peribadi pada masa kini, untuk digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan keadaan ekonomi anda, pilihan ini mungkin antara yang terbaik yang boleh dipohon.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top

Pengumuman

Pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa kami tidak akan menerima sebarang bayaran secara tunai untuk semua transaksi di kaunter berkuatkuasa sekarang.

Pembayaran boleh dibuat secara transaksi atas talian.

Sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran.

Sekian terima kasih.

RCE