28 OGOS 2024 | RABU
Pihak RCE telah menyumbangkan peralatan perubatan untuk memenuhi kegunaan pihak hospital. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk membantu Hospital Kuala Lumpur meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan.
Majlis penyerahan telah diadakan di Hospital Kuala Lumpur. Turut dihadiri YBhg. Dato’ Dr. Harikrishna K.R.Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Dr. Hjh. Shahrum binti Ismail, Timbalan Pengarah Perubatan I.
Pihak RCE mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Hospital Kuala Lumpur. Kami berharap agar sumbangan ini dapat membantu pihak hospital dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit.