RCE menyediakan pembiayaan peribadi khas untuk penjawat awam.

Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan Oleh RCE Kepada Hospital Umum Sarawak

Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan Oleh RCE Kepada Hospital Umum Sarawak

30 November 2023 | Khamis

Pihak RCE telah menyumbangkan peralatan perubatan untuk memenuhi kegunaan pihak hospital. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk membantu Hospital Umum Sarawak meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan.

Majlis penyerahan telah diadakan di bilik seminar Hospital Umum Sarawak. Turut dihadiri Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Umum Sarawak, YBrs. Dr. Hajah Hayati Binti Ja’afar, Ketua Jabatan Oftalmologi dan Ginekologi, YBrs. Dr. Rafaie Bin Amin serta staf-staf Jabatan/Unit Hospital Umum Sarawak.

Pihak RCE mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Hospital Umum Sarawak. Kami berharap agar sumbangan ini dapat membantu pihak hospital dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top

Pengumuman

Pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa kami tidak akan menerima sebarang bayaran secara tunai untuk semua transaksi di kaunter berkuatkuasa sekarang.

Pembayaran boleh dibuat secara transaksi atas talian.

Sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran.

Sekian terima kasih.

RCE