RCE menyediakan pembiayaan peribadi khas untuk penjawat awam.

Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pembiayaan Peribadi Untuk Kakitangan Kerajaan

Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pembiayaan Peribadi Untuk Kakitangan Kerajaan

img-3

Untuk memahami pembiayaan peribadi yang ditawarkan khusus kepada kakitangan kerajaan, kita harus bermula dengan mengenali terlebih dahulu apakah itu pembiayaan peribadi dan bagaimana ia berfungsi. Secara umumnya, pembiayaan peribadi merujuk kepada kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh institusi kewangan kepada individu, sama ada dengan atau tanpa cagaran atau jaminan, bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan. 

Pembiayaan peribadi khas untuk kakitangan kerajaan sebenarnya tidak diberikan secara langsung oleh kerajaan. Ia ditawarkan kepada kakitangan sektor awam yang layak, berdasarkan syarat dan kriteria tertentu dengan kadar keuntungan tertentu dan tempoh bayaran balik yang ditetapkan. 

Siapa yang Layak Memohon Pembiayaan Ini?

Pembiayaan ini hanya ditawarkan khas untuk penjawat berjawatan tetap, termasuk kakitangan Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang tersenarai dalam skim kelayakan tertentu. Pemohon mesti mempunyai pendapatan tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurang 3 hingga 6 bulan, bergantung kepada syarat institusi kewangan. 

Mengapa Kakitangan Kerajaan Mendapat Keistimewaan dengan Pembiayaan Peribadi?

Kakitangan kerajaan sering menikmati pelbagai keistimewaan apabila memohon pembiayaan peribadi. Terdapat beberapa faktor utama yang menjadikan mereka golongan peminjam yang ideal: 

  • Pendapatan Tetap dan Konsisten

Kakitangan kerajaan menerima gaji bulanan yang tetap, justeru mereka dianggap lebih berkemampuan untuk melunaskan bayaran balik pembiayaan secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan. 

  • Kestabilan Pekerjaan

Kerjaya dalam sektor awam secara umumnya dianggap lebih stabil berbanding kerjaya dalam sektor swasta. Risiko kehilangan pekerjaan adalah lebih rendah, ini menjadikan kakitangan kerajaan sesuai untuk pembiayaan jangka panjang.

  • Kadar Kelulusan yang Lebih Tinggi 

Disebabkan oleh faktor-faktor seperti kestabilan kerjaya dan struktur bayaran balik yang terjamin, kakitangan kerajaan menikmati kadar kelulusan permohonan pembiayaan yang lebih tinggi. Ini memudahkan mereka mendapatkan pembiayaan peribadi tanpa banyak halangan berbanding pemohon dari sektor lain. 

Jangan Terjebak! Semak Ciri-Ciri Pembiayaan Peribadi Kerajaan Sebelum Memohon

Sekiranya anda merupakan seorang kakitangan kerajaan yang sedang merancang untuk memohon pembiayaan peribadi, terdapat beberapa ciri penting yang wajar dipertimbangkan bagi mengelakkan sebarang keputusan yang kurang memberangsangkan. 

  • Patuh Syariah

Kebanyakan pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan adalah berasaskan prinsip patuh Syariah. Namun, adalah amat penting untuk anda menyemak dan memastikan bahawa ia patuh Syariah. 

  • Kadar Keuntungan Tetap

Pilihlah pembiayaan yang menawarkan kadar keuntungan tetap agar anda tidak terjejas oleh perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang berpotensi meningkatkan jumlah bayaran bulanan. 

  • Tiada Caj Tersembunyi

Semak terma dan syarat dengan teliti untuk memastikan tiada caj tersembunyi seperti bayaran pendahuluan, yuran pemprosesan, atau penalti yang tinggi yang mungkin dikenakan sepanjang tempoh pembiayaan.  

  • Proses Permohonan yang Mudah dan Cepat 

Proses permohonan yang pantas dan tidak membebankan membolehkan anda memperoleh dana dengan segara, terutamanya apabila berhadapan dengan situasi kecemasan yang memerlukan penyelesaian kewangan segara.

  • Memilih Ejen atau Pegawai yang Boleh Dipercayai

Memilih syarikat yang bereputasi supaya mengelakkan ejen atau pegawai tertentu yang tidak bertanggungjawab dalam permintaan wang daripada pelanggan adalah penting untuk melindungi pelanggan daripada penipuan.

RCE: Pembiayaan Peribadi Patuh Syariah untuk Kakitangan Kerajaan

Salah satu pilihan yang memenuhi semua kriteria di atas ialah Pembiayaan Peribadi RCE. Pembiayaan Peribadi RCE merupakan pemberi dana utama kepada pelbagai yayasan yang patuh Syariah dengan kadar keuntungan tetap dan proses sepantas 24 jam. 

Antara Kelebihan Utama Pembiayaan Peribadi RCE: 

  • Bayaran melalui potongan gaji automatik yang memudahkan pengurusan kewangan bulanan; 
  • Permohonan tanpa cagaran atau jaminan; 
  • Kadar keuntungan tetap yang ditentukan berdasarkan penilaian kredit; semasa; 
  • Permohonan tanpa sebarang caj tersembunyi; 
  • Pemilihan konsep patuh Syariah; dan
  • Memohon melalui aplikasi ePanta$ di mana jua anda berada, pada bila-bila masa. 

Pembiayaan ini sesuai untuk pelbagai tujuan seperti:

  • Kecemasan; 
  • Perubatan; 
  • Pendidikan; 
  • Pengubahsuaian rumah; dan
  • Penyatuan pembiayaan. 

Syarat Permohonan Pembiayaan Peribadi RCE

  • Warganegara Malaysia; 
  • Bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan Malaysia dan kakitangan Badan Berkanun atau GLC yang terpilih; 
  • Berumur 20-58 tahun (umur maksimum bagi pelanggan yang berkhidmat sebagai pegawai polis adalah 55 tahun);
  • Pekerja tetap dengan sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan; 
  • Pendapatan kasar bulanan minimum sebanyak RM1,500; 
  • Tiada dalam senarai muflis atau bankrap; dan 
  • Lulus skor kredit RCE.

Dokumen Diperlukan untuk Permohonan

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad); 
  • Slip gaji 3 bulan terkini yang disahkan majikan; 
  • Penyata bank terkini (akaun gaji / akaun menerima pembiayaan); dan 
  • Surat pengesahan jawatan.

Permohonan Pembiayaan Peribadi Kini Lebih Mudah & Cepat dengan RCE!

Kini, memohon pembiayaan peribadi bukan lagi satu proses yang rumit. Dengan menggunakan aplikasi ePanta$, anda boleh memohon Pembiayaan Peribadi RCE dan menikmati pelbagai kelebihan dengan langkah mudah dan cepat. 

Mohon sekarang untuk memulakan proses anda. Ambil langkah bijak dalam merancang kewangan melalui pembiayaan patuh Syariah yang mudah, fleksibel dan boleh diurus. Dapatkan maklumat lanjut mengenai produk kami hari ini.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top

Pengumuman

Pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa kami tidak akan menerima sebarang bayaran secara tunai untuk semua transaksi di kaunter berkuatkuasa sekarang.

Pembayaran boleh dibuat secara transaksi atas talian.

Sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran.

Sekian terima kasih.

RCE
img-5