RCE menyediakan pembiayaan peribadi khas untuk penjawat awam.

Peranan Pembiayaan Peribadi dalam Mengelakkan Muflis

Peranan Pembiayaan Peribadi dalam Mengelakkan Muflis

Masalah kewangan sering menjadi isu utama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kos sara hidup yang semakin meningkat. Beban hutang yang tidak produktif merupakan antara punca utama yang mendorong individu ke arah krisis kewangan.

Dalam usaha mengurangkan tekanan kewangan atau mengelakkan muflis ramai individu mempertimbangkan pembiayaan peribadi sebagai salah satu penyelesaian. Secara ringkas, pembiayaan peribadi merujuk kepada pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan kepada individu dengan kadar keuntungan dan tempoh bayaran balik yang dipersetujui. Bagi pembiayaan peribadi yang patuh Syariah, keuntungan diperoleh melalui struktur yang mematuhi prinsip Islam.

Walaupun pembiayaan peribadi dapat membantu dalam situasi tertentu, ia masih perlu diurus dengan bijak agar tidak menambah beban hutang yang sedia ada.

Apa Itu Muflis & Bagaimana Pembiayaan Peribadi Membantu?

Muflis merujuk kepada keadaan apabila seseorang gagal melunaskan hutangnya. Status muflis hanya boleh diisytiharkan melalui perintah mahkamah, sama ada oleh pemiutang atau penghutang sendiri.

Pembiayaan peribadi bukanlah penyelesaian mutlak kepada masalah muflis, tetapi ia boleh menjadi langkah awal yang membantu sekiranya digunakan dengan bijak dan bertanggungjawab. Berikut adalah beberapa cara bagaimana pembiayaan peribadi boleh membantu untuk mengelakkan risiko muflis:

  1. Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)

Satukan beberapa hutang menjadi satu pembiayaan peribadi bagi memudahkan pengurusan bayaran bulanan. Strategi ini membantu individu mengurangkan komitmen kewangan sekiranya:

  • Kadar faedah pembiayaan baharu lebih rendah berbanding kadar purata pinjaman sedia ada; dan
  • Pembiayaan yang dipilih mempunyai yuran pemprosesan yang jelas, tiada caj tersembunyi, serta syarat-syarat yang berpatutan.
  1. Penstrukturan Semula Kewangan Peribadi

Dengan mengambil pembiayaan peribadi yang sesuai, individu boleh merancang semula aliran tunai mereka dengan menukar bayaran tidak tetap kepada bayaran tetap setiap bulan. Langkah ini membantu memastikan bajet lebih terkawal dan mengurangkan risiko tunggakan.

  1. Teknik Overlap Pembiayaan Peribadi

Bagi individu yang mempunyai komitmen kewangan yang tinggi, pembiayaan peribadi boleh digunakan untuk overlap hutang sedia ada bagi mengurangkan bayaran bulanan. Sebagai contoh, penjawat awam dengan potongan gaji melebihi 60% masih berpeluang mohon pembiayaan baharu melalui institusi kewangan yang menerima permohonan overlap, asalkan mereka mempunyai rekod pembayaran yang baik.

Kesimpulannya, pembiayaan peribadi yang digunakan secara strategik dan bertanggungjawab boleh menjadi bantuan kewangan sebelum sesuatu keadaan menjadi lebih kritikal. Justeru, adalah amat penting untuk anda menilai kemampuan dan merancang semula komitmen sedia ada sebelum membuat permohonan pembiayaan.

Bolehkah Anda Memohon Pembiayaan Peribadi Jika Sudah Muflis?

Secara umumnya, kebanyakan institusi kewangan dan koperasi tidak menerima permohonan pembiayaan peribadi daripada individu yang telah diisytiharkan muflis. Status muflis akan menjejaskan kelayakan kredit dan dianggap berisiko tinggi oleh pemberi pinjaman.

Oleh itu, amat penting untuk mengambil tindakan awal dalam mengurus kewangan sebelum keadaan kewangan menjadi lebih serius atau tidak terkawal.

Selain daripada memohon pembiayaan peribadi, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan muflis:

  • Dapatkan khidmat nasihat kewangan daripada pihak profesional seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Bantuan ini boleh membantu anda merangka pelan penyusunan semula hutang;
  • Sediakan bajet bulanan dan kekal berdisiplin dalam membuat bayaran hutang. Elakkan pembayaran lewat kerana ia boleh mengakibatkan penalti dan menjejaskan skor kredit;
  • Kurangkan perbelanjaan tidak perlu, utamakan keperluan asas, dan elakkan penggunaan kad kredit secara berlebihan;
  • Cari sumber pendapatan tambahan untuk menampung komitmen kewangan sedia ada; dan
  • Lakukan semakan terhadap pelan pembaharuan pembayaran sekiranya menghadapi kesukaran kewangan, seperti menjadualkan semula bayaran atau memohon lanjutan tempoh pembayaran.

Tindakan pencegahan awal bukan sahaja membantu anda mengelakkan kemuflisan, malah memastikan kelayakan anda untuk memohon pembiayaan peribadi pada masa hadapan.

Langkah-Langkah Untuk Mohon Pembiayaan Peribadi

Sebelum anda memohon pembiayaan peribadi, ikuti langkah-langkah berikut untuk meningkatkan peluang kelulusan:

  1. Semak Kelayakan Anda:
  • Pastikan anda mempunyai pendapatan tetap;
  • Periksa syarat umur minimum yang ditetapkan (18 tahun ke atas); dan
  • Semak skor kredit anda melalui sistem seperti CCRIS atau CTOS.
  1. Fahami Terma dan Syarat Pembiayaan:
  • Teliti kadar keuntungan atau kadar faedah yang dikenakan;
  • Semak tempoh pembiayaan dan jumlah bayaran bulanan; dan
  • Pastikan anda mengetahui jumlah bersih yang akan diterima (payout) selepas semua potongan.
  1. Elakkan Membuat Permohonan Secara Terburu-buru:
  • Bandingkan beberapa pilihan pembiayaan daripada pelbagai institusi kewangan; dan
  • Pastikan bayaran bulanan sesuai dengan kemampuan kewangan anda.
  1. Sediakan Dokumen Sokongan yang Diperlukan:
  • Salinan kad pengenalan (MyKad);
  • Slip gaji terkini atau penyata bank;
  • Surat pengesahan majikan (jika diperlukan); dan
  • Penyata KWSP atau dokumen lain yang berkaitan dengan pendapatan.

Sekiranya semua perkara di atas disemak dan dokumen lengkap disediakan, anda boleh terus membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui saluran rasmi seperti laman web dan aplikasi, atau dengan hadir ke cawangan institusi kewangan yang berkenaan.

Salah Satu Pilihan Pembiayaan Peribadi Terbaik di Malaysia

RCE Marketing Sdn Bhd (RCEM), sebuah platform yang bekerjasama dengan pelbagai yayasan dan koperasi dalam menyediakan pembiayaan peribadi berlandaskan prinsip Syariah, khas untuk penjawat awam di Malaysia. RCE menawarkan kadar keuntungan yang tetap, proses sepantas 24 jam dengan dokumentasi yang mudah. Bayaran balik pembiayaan ini dibuat melalui Skim Potongan Gaji, di mana ansuran bulanan dipotong terus daripada gaji pelanggan.

RCE juga menawarkan pembiayaan bagi pelbagai keperluan seperti:

  • Kecemasan;
  • Perubatan;
  • Pendidikan;
  • Pengubahsuaian rumah; dan
  • Penyatuan pembiayaan.

Pilih Pembiayaan Kelulusan Segera & Urus Kewangan dengan Bijak Sekarang!

Pembiayaan peribadi bukan sekadar melibatkan angka dan dokumen; ia adalah peluang untuk memperbaiki dan merancang kewangan dengan lebih teratur. Setiap usaha ke arah kewangan yang lebih stabil bermula dengan keputusan yang bijak. 

Pilih pembiayaan peribadi RCE yang patuh Syariah, mudah, dan cepat lulus. Jangan tunggu lagi! Mohon sekarang  atau muat turun aplikasi ePanta$ untuk maklumat lanjut dan menikmati pelbagai kelebihan dengan langkah yang mudah dan cepat.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top

Pengumuman