
Overlap atau pembiayaan bertindih sering dianggap sebagai penyelesaian bagi individu yang menghadapi beban kewangan atau memerlukan tunai segera. Ia merujuk kepada situasi di mana seseorang mengambil pembiayaan baru untuk menyelesaikan baki pembiayaan sedia ada.
Walaupun kaedah ini mungkin kelihatan membantu dalam jangka masa pendek, ia mempunyai risiko yang boleh membebankan komitmen kewangan jika tidak dirancang dengan teliti.
Oleh itu, adalah penting untuk memahami risikonya agar anda dapat membuat keputusan yang lebih bijak dan mengelakkan tekanan kewangan di masa hadapan.
Apa yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Membuat Pembiayaan Overlap
Overlap boleh memberikan impak kewangan sama ada dalam kesan jangka pendek mahupun panjang. Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum anda membuat keputusan.
1. Baki Hutang Bertambah Akibat Pembiayaan Overlap
Melalui pembiayaan secara overlap, hutang sedia ada akan digantikan dengan pembiayaan baru yang kebiasaanya melibatkan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi serta tempoh pembayaran yang lebih panjang. Situasi ini boleh menyebabkan peningkatan jumlah hutang keseluruhan.
2. Peningkatan Komitmen Kewangan Bulanan
Penambahan jumlah pembiayaan dan tempoh pembayaran berpotensi meningkatkan komitmen bulanan sekiranya tidak dirancang dengan teliti. Ia boleh menjejaskan keupayaan untuk memenuhi keperluan perbelanjaan asas harian dan menyebabkan tekanan kewangan dalam jangka masa panjang.
3. Kos Tersembunyi & Caj Tambahan dalam Pembiayaan
Kekerapan membuat permohonan pembiayaan secara overlap, terutamanya apabila dilakukan sebanyak 3 hingga 4 kali setahun boleh memberi kesan negatif terhadap skor kredit pemohon. Dalam rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), keadaan ini akan memperlihatkan banyak akaun pembiayaan dibuka dan ditutup dalam tempoh yang singkat, ini mungkin dianggap sebagai tanda kebergantungan yang tinggi terhadap kemudahan kredit, sekali gus menjejaskan membuat sebarang permohonan.
4. Bayaran Bulanan Melalui Potongan Gaji
Kekerapan membuat permohonan pembiayaan secara overlap, terutamanya apabila dilakukan sebanyak 3 hingga 4 kali setahun boleh memberi kesan negatif terhadap skor kredit pemohon. Dalam rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), keadaan ini akan memperlihatkan banyak akaun pembiayaan dibuka dan ditutup dalam tempoh yang singkat, ini mungkin dianggap sebagai tanda kebergantungan yang tinggi terhadap kemudahan kredit, sekali gus menjejaskan skor kredit anda.
5. Bayaran Bulanan Melalui Potongan Gaji
Untuk kakitangan kerajaan, bayaran bulanan pembiayaan biasanya lebih terkawal kerana dilaksanakan melalui potongan gaji secara automatik. Ini membantu memastikan bayaran dibuat secara konsisten dan adalah penting untuk memastikan jumlah komitmen bulanan tidak melebihi kemampuan kewangan sebenar.
Memandangkan kaedah potongan gaji memberi kemudahan dari segi pengurusan pembayaran bulanan, pembiayaan peribadi, termasuk overlap menjadi pilihan utama dalam kalangan kakitangan kerajaan.
RCE: Pembiayaan Peribadi Patuh Syariah Pilihan Utama untuk Kakitangan Kerajaan
RCE Marketing Sdn Bhd (RCEM) menawarkan pembiayaan peribadi patuh Syariah kepada Penjawat Awam Malaysia dan kakitangan Badan Berkanun atau Syarikat Berkaitan Kerajaan yang terpilih.
Dengan memilih pembiayaan peribadi melalui RCE, anda akan menikmati pelbagai kelebihan yang memudahkan proses dan pengurusan kewangan. Antara kelebihan RCE termasuk:
- Bayaran melalui potongan gaji automatik yang memudahkan pengurusan kewangan bulanan;
- Kadar keuntungan tetap yang ditentukan berdasarkan penilaian kredit semasa; Permohonan tanpa sebarang caj tersembunyi;
- Pemilihan konsep patuh Syariah;
- Permohonan tanpa cagaran atau jaminan; dan
- Memohon melalui aplikasi ePanta$ di mana jua anda berada, pada bila-bila masa.
RCE memastikan pelanggan mendapat penyelesaian kewangan yang sesuai, mudah dan selamat. RCE juga komited untuk terus menyokong kesejahteraan kewangan pelanggan kami melalui perkhidmatan yang telus, cekap dan bertanggungjawab.
Dapatkan Pembiayaan Peribadi Terbaik Sekarang dengan Lebih Mudah & Cepat
Jom! Dapatkan penyelesaian kewangan yang lebih bijak hari ini. Mohon sekarang atau muat turun aplikasi ePanta$ untuk maklumat lanjut dan menikmati pelbagai kelebihan dengan langkah yang mudah dan cepat.

