RCE menyediakan pembiayaan peribadi khas untuk penjawat awam.

Tips Semasa Menggunakan Aplikasi Pembiayaan Online

Tips Semasa Menggunakan Aplikasi Pembiayaan Online

Dalam era digital masa kini, permohonan pembiayaan peribadi dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan pantas melalui aplikasi dalam talian. Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah tidak lagi memerlukan kehadiran fizikal ke cawangan atau pejabat kewangan. Namun begitu, terdapat beberapa risiko yang perlu diberi perhatian. Antaranya termasuk kebocoran data peribadi, caj tersembunyi, serta isu teknikal yang boleh menjejaskan proses permohonan. 

Kenali dan Hindari Aplikasi Pembiayaan yang Tidak Sah

Semak Status Syarikat Terlebih Dahulu

Jika anda terjumpa mana-mana aplikasi pembiayaan peribadi dalam talian, jangan terus percaya atau membuat permohonan secara tergesa-gesa. Semak dahulu status syarikat yang menawarkan pembiayaan tersebut melalui aplikasi i-KrediKom di App Store atau Google Play yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Langkah ini penting untuk memastikan syarikat tersebut berdaftar dan sah. 

Elakkan Aplikasi Mencurigakan

Elakkan memuat turun aplikasi pembiayaan yang mencurigakan. Pastikan anda berhati-hati semasa memberikan kebenaran akses (permissions) kepada telefon anda. Sekiranya anda berasa was-was selepas memuat turun aplikasi tersebut, segera nyahpasang (uninstall) dan mulakan semula (restart) telefon anda. 

Tukar Kata Laluan Akaun Penting

Tukar semua kata laluan akaun penting anda seperti perbankan dalam talian, e-Wallet dan media sosial, terutamanya jika anda sudah memberikan akses aplikasi mencurigakan tersebut ke peranti anda.  

Pastikan Muat Turun Di Platform Rasmi

Memilih aplikasi yang tepat dan sah adalah amat penting, terutamanya bagi penjawat awam yang mempunyai pendapatan tetap. Ini kerana penjawat awam sering menjadi sasaran utama kepada pelbagai tawaran pembiayaan peribadi, memandangkan status pekerjaan mereka yang stabil menjadikan permohonan mereka lebih mudah untuk diluluskan. Justeru itu, mereka juga lebih terdedah kepada risiko penipuan.  

Pastikan anda hanya memuat turun aplikasi yang selamat dan sah yang ditawarkan oleh syarikat berlesen dan diiktiraf. Sentiasa semak bahawa aplikasi tersebut tersedia di platform rasmi seperti App Store dan Google Play.  

Salah satu pilihan aplikasi yang boleh dipercayai ialah aplikasi ePanta$, sebuah aplikasi pembiayaan peribadi dan berlandaskan prinsip Syariah yang ditawarkan oleh RCE Marketing Sdn Bhd (“RCEM”). Aplikasi ini memaparkan maklumat berkaitan produk pembiayaan, kadar keuntungan, serta terma dan syarat dengan jelas untuk membantu pengguna menilai dan membuat keputusan yang tepat. 

Mengenali Aplikasi ePanta$

Aplikasi ePanta$ direka khas untuk kakitangan kerajaan, termasuk kakitangan badan berkanun dan GLC terpilih, yang ingin mendapatkan pembiayaan peribadi secara mudah dan berlandaskan prinsip Syariah. Dengan aplikasi ePanta$, penjawat awam di Malaysia boleh memohon pembiayaan peribadi dengan lebih mudah, cepat dan selamat di hujung jari anda. 

Ciri-Ciri Utama Aplikasi

Antara ciri-ciri utama yang menjadikan aplikasi ini dipercayai oleh ramai penjawat awam termasuk: 

  • Platform rasmi dan dipercayai; 
  • Permit dan lesen perniagaan yang lengkap; 
  • Maklumat syarikat yang sah dipaparkan di laman web rasmi; 
  • Telus mengenai butiran pembiayaan yang ditawarkan; dan 
  • Aplikasi boleh dimuat turun di Google Play atau App Store (Rasmi). 

Keselamatan Data Pengguna

Bagi memastikan keselamatan maklumat pengguna, aplikasi ePanta$ dilengkapi dengan:

  • Pengesahan identiti digital;  
  • Tandatangan elektronik; dan 
  • Pengurusan data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi. 

Proses Permohonan Melalui ePanta$

Sebagai makluman, permohonan melalui aplikasi ePanta$ masih melibatkan satu langkah manual iaitu pengeposan Borang Potongan ANGKASA. Seterusnya, Akad (persetujuan lisan) akan dilakukan melalui panggilan telefon, dan surat tawaran untuk ditandatangani secara digital akan dihantar melalui emel selepas itu. 

Dapatkan Pembiayaan untuk Kakitangan Kerajaan Melalui Aplikasi ePanta$ Sekarang!

Kemudahan yang ditawarkan oleh aplikasi pembiayaan seperti ePanta$ amat sesuai untuk kakitangan kerajaan yang mencari kaedah mudah, cepat dan selamat untuk memohon pembiayaan peribadi. 

RCE menawarkan produk pembiayaan yang direka untuk pelbagai keperluan seperti:  

  • Kecemasan;  
  • Pengubahsuaian Rumah;  
  • Pendidikan; 
  • Penyatuan Pembiayaan; dan  
  • Perubatan. 

Muat turun aplikasi ePanta$ di App Store atau Google Play dan buat permohonan anda dengan mudah dan cepat sekarang. Mohon sekarang atau dapatkan maklumat lanjut mengenai produk kami hari ini.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top

Pengumuman

Pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa kami tidak akan menerima sebarang bayaran secara tunai untuk semua transaksi di kaunter berkuatkuasa sekarang.

Pembayaran boleh dibuat secara transaksi atas talian.

Sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran.

Sekian terima kasih.

RCE